Maafkan ana ukhti...

10 November, 2007

Semalam, waktu aku berjumpa murabbiyah, dia ada pesan padaku.. Katanya “Anti duk kat rumah tu tengok2kan akhwat ‘X’ ni. Mutabaahnye kurang memuaskan. Tahajudnya tak pas, tilawahnya pun sama tak pas” pesanan tu membuatkan aku terpaku. Terfikir diri yang kerdil ini… Apakah aku tidak memerhatikan akhwatku? Mana ukhwah yang disulam keimanan? Mana nasihat2 yang diperlukan akhwat tersebut? Mana pergi semangat saling mengingati antara akhwat? Aku terdiam lantaran tidak dapat menjawab persoalan-persoalan tersebut.. Ukhti, mungkin ukhwah kita masih belum sepenuhnya dilandaskan atas dasar keimanan dan keikhlasan kepadaNya. Mungkin ukhwah kita adalah berlandaskan keduniaan, gelak tawa dan keseronokan semata.. (Na’uzubillah) Hamba mohon ya Allah, satukan hati-hati kami.. moga ukwah yang terbina benar2 atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepadaMu demi meraih keredhaanMu ya Allah . Ana menyeru semua akhwat agar kita mengikhlaskan kembali niat kita. Indahnya ukhwah yang dibina jika ianya dibina atas dasar keimanan dan sama-sama mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran… jadi buat ukhtiku, maafkan aku kerana alpa dan lalai untuk menasihatimu.. moga selepas ini, ukhwah kita semakin mantap… amiin…


Read more...

Ampuni aku Ya Allah...


Hatiku berdegup.. jantungku berdetak.. tatkala bait-bait lagu “farshy at-turab” dendangan Meshary Al arada’s dikumandangkan.. Aku cuba menghayati lagu tersebut. Lantas aku segera mendownload video tersebut dari youtube . Bila dah download apalagi… banyak kali ulang.. sedihnya lagu ni. Bila hayati lagu ni betul2, fuh.. menitis air mata. Alangkah kerdilnya diri. Alangkah hinanya diri. Tatkala aku menulis ni, terbayang semua dosa2 yang aku telah lakukan. Ya Allah, ampunilah dosaku.. sungguh, aku tak layak masuk syurgaMu, namun Ya allah, aku tak sanggup untuk menjejaki nerakaMu… teringat Mak, Ayah n adik-beradik lain kat rumah. Berdosanya aku Ya Allah.. kau bukakanlah pintu hati mereka. Ampunilah mereka dan berikanlah mereka taufiq dan hidayahMU Ya Allah. Moga aku mampu untuk mendakwahi mereka..


Read more...

Burung apa??

02 November, 2007

Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka. Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran.Si ayah lalu menuding jaring ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?""Burung gagak", jawab si anak.Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama.Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat:"Itu burung gagak ayah!"Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat:"BURUNG GAGAK!!"Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah:"Gagak la ayah.......".Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah:"Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apa lagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak la.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah.Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya.Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama."Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah.Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut:"Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya:"Ayah, apa tu?".Dan aku menjawab,"Burung gagak".Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ia menjadi suatu pendidikan yang berharga buat dirinya."Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu dan matanya kelihatan berkaca.Si ayah dengan perlahan bersuara, "Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah..."


Read more...

Study & Dakwah

25 July, 2007

'Wahai orang-orang yg beriman, jika kamu membantu (agama) Allah, nescaya Dia akan membantumu dan memperteguhkan kedudukanmu.' (Muhammad ; 7)
Lia, jomlah pergi usrahLia,
jomlah berdakwahLia,
ummah semakin koyakLia,
jomlah kita bangkit mengubahsegalanya
Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly ceritarububiyah ketuhanan,tapi banyak lagiskopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagaldalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lainterhadap Islam
Lia, dakwah dan pelajaran bukan macamjongkang jongking
Jongkang jongking?
Apa kau merepek ni?
Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macamjongkang jongking
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanyaDan tu bukan belajar namanya
Habis tu?
Hmm, dakwah dan pelajaran kenaberkadar terus
Tak boleh inversely proportional
Apa maksud kau?
Orang yang melakukan kerja dakwahdengan ikhlas akan menemukan Allahdalam pelajarannya
Aku tidak fahamT
ak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondriamisalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allahciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasakerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle,terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukumtersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu
Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?
Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada takberlaku tarik tali dengan Allah
Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?
Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagiyang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignmentbanyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali denganAllah
da keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janjiAllah
Siapa yang menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhandalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiadadengan Allah
Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabahLia dah study dari tadi, tapi takmasuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dariAllah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidakmengerjakan kerja tersebut
Lia,
sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiapperbuatanku
Setiap kali aku bergaul denganjiranku, aku ingin mereka merasakankemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagianrumahtanggaku, aku ingin merekamerasakan keindahan Islam
Lia,
itulah yang inginku kubentukdalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadimanifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya
Lia,
aku ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid ImamHassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kitarenungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terusberada dalam mandala ini.
Lia,
kau pastinya arif mengenaiAssyahid Imam Hassan AlBanna.
Dakwahnya menyinari hati umat manusiadi saat itu.
ia berdakwah sehingga kekawasan perkampungan di gunung-gunungyang tinggi.
Semua manusiamengenalinya.
Tanyakan sahaja dijalanan di saat itu, kenalkah kamudengan Assyahid Imam Hassan Al Banna,pasti semua mengenalinya kerana kerjakerasnya di dalam perjuangan dakwah .
Lia,
aku akui sememangnya untukberjaya dalam pelajaran, kita kenaberusaha.
Itu Sunnatullah.
Tapi Lia,
kemenangan Islam takkan tertegakdengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.
Untuk memastikan kejayaan dakwah, kitajuga kena berusaha.
Itu juga adalahSunnatullah.
Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan daripengikutnya.
Lia,
aku kongsikan pembacaanku dalambuku Detik-detik Hidupku karanganAssyahid Imam Hassan Al Banna:
>
Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernahbercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yangterbaik.
Dia ingin mempertahankan prestasiterbaik untuk Allah, agama Allah.
Disudut lainnya, dia tidak suka mengejardunia, bersaing untuk berasa hebat.
Dia hanya ingin memberikan yangterbaik sebagai hamba Allah.
Dahulu dia bukan begitu.
Dia pernahkecundang.
Dia pernah bertanya kepadaAllah - Ya Allah, kenapa engkaumentakdirkan prestasi yang baik buattemanku?
Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya.
Aku mempunyai mimpi yangbesar untuk menegakkan agamaMu melaluipergerakan dakwah. Maka aku mohonbahawa aku harus berjaya.
Lalu Allah memberitahu dirinya melaluisuatu kisah sahabat yang dijamin masuksyurga, padahal seharian ibadahnyasama saja seperti sahabat yang lain.
Dan ketika ditanya prinsip hidupnya,sahabat itu menjawab "Aku tak sukamembanding-bandingk an apa yang Allahberikan kepada hamba-hambaNya. Akuyakin Allah Maha Baik dan menjaminkebaikan untukku dalam situasi sulitatau lapang. Aku akan tetap redhakepada Allah dalam situasi apapun. Akuakan tetap bersaksi bahawa Allahadalah Robb yang Maha Esa, meskipungunung-gunung harta itu milikku atauaku tak punya harta sedikit pun”.
Lia,
saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan.
Tulisannya benar-benar terkesan dihati saya.
Dia bercerita tentangseorang wanita yang terkena penyakitdisebabkan poliovirus semenjak kecil.Kisah ini kisah benar. Saya namakanwanita ini A. A memerlukan tongkatuntuk berjalan. A tidak berapa cantik,tidak slim dan tidak tinggi. Satusahaja keinginan A. A ingin sesiapasahaja yang melihatnya mengucapkanSubhanallah.Keinginan A tercapai. Bila A belajardi sekolah menengah dan berjaya,manusia yang ditemuinya mengucapkanSubahanallah. Bila A berjaya masuk keuniversiti, sekali lagi orang ramaimengucapkan Subhanallah. Bila Amenyudahkan pelajarannya, sekali lagimanusia mengucapkan Subhanallah. Dansekali lagi orang ramai mengucapkanSubhanallah apabila A mengahwiniseorang lelaki yang kacak dan beriman.Orang ramai tertanya-tanya, apa yangmampu A berikan kepada suaminya.Takdir Allah menentukan yangsebaiknya. Allah mengurniakan A dansuaminya 3 orang anak yang comel dansempurna. Sekali lagi orang ramaimengucapkan Subhanallah.Dengan kecacatanya, A masih mampumembuat manusia mengingati Allah.Sejarah menunjukkan kita bahawa rupaparas bukan persoalan utama. Ingatlagi tentang Abdullah bin UmmiMakhtum. Dia sahabat nabi yang buta.Dia mahu membawa panji bendera Islam.Katanya, buta menyebabkan dia tidaktakut kerana dia tidak akan dapatmelihat bilangan musuh. Akhirnya diasyahid. Mereka yang menemui mayatnyatidak dapat mengecamnya kerana terlalubanyak luka parah yang dialaminya.
Subhanallah.
Pasti Lia ingat lagi Assyahid SheikhAhmad Yassin.
Dia cacat.
Duduk di ataskerusi roda.
Tapi apa yang telah dialakukan?
HAMAS berdiri dengan izzah.
Musuh menggeruninya.
Lia,
kita sempurna.
Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam.
Ayuh berada dalams af perjuangan


Read more...

Tazkirah: Contoh Penggunaan Masa yang Optimum seorang Daie

01 May, 2007

Setiap orang manusia dikurniakan Allah 24 jam sehari untuk menjalankan kegiatan harian mereka. Sebagai seorang muslim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang melakukan kerja dakwah hendaklah menggunakan masa mereka dengan sebaiknya. Di dalam Al-Quran Allah menerangkan agar manusia menghargai masa.”Demi masa, sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihat untuk kebenaran dan saling menasihat untuk kesabaran” (Al-Asr:1-3).

Di dalam rencana ini, ingin ana terangkan contoh-contoh penggunaan masa yang optimum bagi seseorang ikhwah yang belajar di universiti. Sebelum ana mula, ingin ana bawa beberapa hadith untuk kita renungi. Di dalam kehidupan seharian kita, hendaklah kita tidak membuang masa dengan sia-sia. Ini adalah “Ground Rule” kita yang utama. Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya”. Hadith ini hadis hasan. Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi dan lain-lain sedemikian. Insyallah dengan kita mengamalkan hadith ini, kita akan menggunakan masa dengan lebih baik.

“Ground Rule” kedua yang harus kita amalkan adalah seperti yang terdapat di dalam ayat ini, “Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)” (Al-Insyirah: 7). Ayat ini amat terang jelas sekali maksudnya, jangalah kita membuang masa setelah selesai sesuatu urusan, tetapi tetap teruslah dalam melakukan urusan yang lain.

Antara perkara-perkara yang kita selalu habiskan masa ialah berbual perkara kosong dan tidak berfaedah. Bukankah Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Barangsiapa yang beriman dengan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Hendaklah kita mengurangi percakapan kita kerana boleh jadi dengan banyaknya bercakap akan membawa kepada banyaknya dosa, dengan banyaknya dosa akan membawa ke neraka. Jadilah kita sebagaimana umar r.a, beliau akan berfikir terlebih dahulu sebelum memulakan percakapanya.

Kita juga boleh menjimatkan masa kita dengan meringkaskan penggunaan masa kita terhadap perkara-perkara yang harus seperti makan, shopping, bersiar-siar, mandi, chatting, surf web dan sebagainya.

Rata-rata setiap orang mengambil masa lebih kurang 20-30 minit untuk menuju ke universiti. Semasa tempoh ini, kita boleh menggunakannya untuk mendengar bacaan Al-Quran daripada mp3 kita bagi siapa yang ada, ataupun dalam tempoh masa ini, kita boleh gunakannya untuk baca mathurat, istighfar, bertasbih dan sebagainya.

Biasanya dalam sehari kita ada 4-5 jam lecture, tutorial dan lab. Untuk kita mengoptimumkan masa kita semasa di dalam kelas ini, adalah lebih baik bagi kita untuk membuat preparation sebelum ke kelas. Dengan ini kita akan lebih faham ketika belajar dan kita tidak akan membazir masa untuk mengulangi benda yang sama.

Walaupun setiap manusia dikurniakan 24 jam, namun keberkatan 24 jam bagi setiap manusia adalah berbeda. Pernah kita dengar ulama zaman dahulu mampu menulis berpuluh-puluh kitab dalam jangka masa hidup mereka. Kitab-kitab yang ditulis mereka adalah tebal dan berjilid-jilid. Kehidupan ulama ini bukanlah hanya untuk menulis kitab bahkan mereka setiap hari bertungkus lumus menyampaikan dakwah kepada manusia agar mentauhidkan Allah. Dengan sifat keihklasan ini, Allah telah mengurniakan keberkatan masa bagi mereka. Oleh itu hendaklah setiap muslim melakukan amalan dengan ikhlas dan berdoa agar setiap detik yang digunakan adalah berfaedah dan berkat.

Di dalam kita hendak melakukan amalan, hendaklah kita melakukan ia dalam turutan yang betul. Kita kena buat sesuatu yang lebih penting berbanding perkara yang kurang penting. Dahulukan kerja tarbiyyah kemudian baru kerja-kerja yang lain. Dahulukan yang wajib kemudian yang sunat. Begitulah caranya kita menyusun aktiviti kita.

Akhir kata, ana mengharapkan agar rencana ini menjadi peringatan buat kita semua lebih-lebih lagi buat diri ana. Diharap kita dapat lebih memanfaatkan masa kita sebaik-sebaiknya, Insyallah.


Read more...

Al-Quran Sumber Hiburan Daie

quranWahyu Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulullah saw. Kalam al-Quran adalah kalam yang lembut menyentuh sanubari, keras meragut kesedaran dan mantap memberi panduan dan galakan semangat. Rasulullah mendapat bimbingan terus daripada Allah swt. Sepanjang perjalanan dakwah baginda, hanya satu sumber ketenangan yang sentiasa bertiup ke dalam hati baginda. Itulah bimbingan motivasi dari Pengutus Rasul-rasul ke muka bumi, Allah Azza wa Jalla.

Lupakah kita tadabburi surah yang seringkali kita lafazkan diwaktu solat fardhu? Seakan-akan kita lupa pada lembutnya sapaan Tuhan pada rasulNya ketika turunya wahyu ini.

Demi waktu Dhuha. dan demi malam apabila telah sunyi (gelap),Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu. Dan Sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu? Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu Berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu menghardiknya. Dan terhadap nikmat Tuhanmu, Maka hendaklah kamu siarkan. (ad-Dhuha)

Maha Tinggi Allah yang sentiasa memberikan ketenangan kepada baginda saw dalam kehidupannya. Akan tetapi bagi kita yang menyahut seruan dakwah dan menggelari diri sendiri dengan gelaran daie, apakah wahyu Allah ini menjadi sumber ketenangan kita. Adakah sumber lain yang menjadi mainan halwa telinga kita untuk menghiburkan jiwa rona dan lampias perasaan?

Alangkah ajaib, apabila mereka yang mengakui mengikuti dakwah Islamiah, mengutamakan hiburan duniawi lebih dari kalam Allah yang agung. Bukan sedikit hiburan dan irama nasyid yang berkumandang di corong computer yang mengalunkan lagu yang tidak jelas mesejnya, hanya sahaja ia digelari nasyid. Ungkapan ini adalah nasyid seolah-olah alasan tangkap-muat untuk justifikasi hiburan yang tidak melihat pada mesejnya, tapi sejauh mana munshidin mengalunkan suara pada vocal-vokal tertentu, sehebat mana paduan harmoni latar dan sebagainya.

Bukanlah Islam itu datang untuk mengharamkan perkara yang halal, cumanya mereka yang inginkan ketinggian di mata Allah swt pasti menghadkan perkara-perkara harus yang boleh menjerumuskan kepada kelalaian. Tidak terfikirkan kita pada kata-kata;

“Sesiapa yang inginkan darjat tertinggi di syurga, dia hendaklah berada di darjat yang tinggi dalam kehidupan dunia” (al-Muntalaq)

Lupakah kita pada al-Quran, kalam Allah yang sentiasa dijaga tahun demi tahun? Yang mana pencipta liriknya tidak pernah futur, susunan bahasanya indah mengkagumkan hatta mereka yang tidak memahaminya? Ingatkan kita pada hadith dari al-Mustafa tentang kalamullah ini;

“Bacalah Quran dan menangislah. Jika kalian tidak boleh menangis, maka usahakanlah untuk menangis” (dr Saad ibn Waqqash , hadith dalam al-Lulu wal Marjan).

gementar

Khusu’ ketika membaca al-Quran adalah cita-cita bagi setiap daie. Memang sukar untuk melaksanakannya, akan tetapi pengalaman berdakwahlah resepi utama kejayaan untuk khusu’ dalam sembahyang dan juga dalam mentadabburi al-Quran. Al-Quran ini jika diturunkan pada makhluk Allah yang lain, pasti akan leburlah ia kerana khusu’ dan takut pada Allah. Wahai daie serata dunia, renungkanlah ayat surah al-Hasyr ini! Jadilah gunung-gunung itu, kuat dan pasak pada bumi, tapi ,lebur tika takut pada PenciptaNya! Alangkah indah menjadi gunung!

Lihatlah pada ahli kitab yang beriman ketika mana mereka menghayati al-Quran;

83. dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu Lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Quran) yang telah mereka ketahui (dari Kitab-Kitab mereka sendiri); seraya berkata: "Ya Tuhan Kami, Kami telah beriman, Maka catatlah Kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan kenabian Muhammad s.a.w.).

84. mengapa Kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada Kami, Padahal Kami sangat ingin agar Tuhan Kami memasukkan Kami ke dalam golongan orang-orang yang saleh ?".

Al-Imam al-Ghazali berkata; Cara memaksakan diri untuk menangis ialah menghadirkan kesedihan ke dalam hati, kerana dari kesedihan inilah akan munculnya tangis. Rasulullah saw bersabda;

“Sesungguhnya al-Quran itu turun dengan kesedihan. Jika kalian membacanya, maka paksakanlah untuk bersedih” (dr Abu Nuaim).

Adakah lagi sebarang keraguan untuk menjadikan al-Quran sebagai peneman kita di mana sahaja kita berada? Adakah ada hiburan lain yang lebih hebat dari hiburan yang diturunkan untuk menenteramkan manusia dari Allah swt. Apakah ada yang bergelar daie masih berasa bosan mendengar bacaan al-Quran dan menyukai hiburan-hiburan lain sedang mereka berbaiah “al-Quran itu penunjuk kami”. Apakah masih ada yang mahu beralasan “kami tidak faham bahasa arab lantas ia tidak meresap dalam jiwa kami, dan kami lebih suka hiburan yang lain”. Maka oleh itu usahalah untuk mendengar ayat-ayatNya selalu. Latihlah setiap ketika, untuk selalu mendengar ayat-ayatNya. Bagaimana kita harapkan mampu khusu’ mendengarkan al-Quran apabila yang tercurah di telinga saban ketika hanyalah lagu-lagu lain. Mana mungkin mampu penghayatan jika hati-hati kita dibuai hiburan-hiburan lain?

Al-Quran adalah sumber asli untuk para daie. Biasakanlah hidup bersama al-Quran, nescaya jika anda hidup bersamanya, nikmat manisnya tidak terucap biar dengan ribuan kata-kata dan metafora.

Wallahu ‘alam.

Rujukan : al Quran al Karim, Bagaimana Berinteraksi dengan Al-Quran (Dr Yusuf al-Qaradawi)


Read more...