Hah?? Biar betul!

21 August, 2010

Salam. Alhamdulillah minggu ni Allah bagi ruang masa untuk menulis. Waktu exam di sekolah dimanfaatkan sepenuhnya untuk menulis sementara menunggu students jawab soalan. Apa yang nak diketengahkan kali ialah mengenai kejahilan atau ‘ketidaktahuan’ masyarakat di sini (merujuk kepada tempat di mana penulis mengajar sekarang iaitu di Sandakan Sabah). Kalau kita berdakwah di Semenanjung mungkin agak berbeza kerana sekurang-kurangnya masyarakat di sana asas agamanya masih kuat. Tapi, sayangnya di sini perkara asas pun masih belum teguh di jiwa mereka. Sedih rasanya bila melihat students yang memakai tudung di sekolah sebab peraturan, di luarnya rambut mengalahkan Britney Spears (kalau boleh dibandingkan). Lagi sedih bila ditanya tentang solat, MAJORITI mereka tidak bersolat dan masih ada yang tidak tahu menunaikan solat hatta mengucapkan Syahadah!



Antara perkara pelik yang dilakukan segelintir masyarakat di sini:

1. Di suatu malam di sebuah masjid pada malam Ramadhan: selepas bilal melaungkan iqamat untuk menunaikan solat Isya’ berjemaah, hanya segelintir yang bangun dan mendirikan solat. Sebahagian lain hanya duduk dan menunggu solat Isya’ dihabiskan. Tapi apabila mula solat Tarawih, semua jemaah bangun untuk sama2 menunaikan solat secara berjemaah. Bagi mereka, solat Tarawih 1000x lebih penting berbanding dengan solat Isya’. Astaghfirullah.

2. Di sebuah sekolah, murid menanyakan kepada guru: “Bolehkah makan sahur lagi kalau sudah azan? Aku cepat2 habiskan makanan kalau dengar bunyi azan, cikgu.” Cikgu jawab: “hah??”

3. Di sekolah yang sama, murid bertanya kepada guru: “Cikgu, orang tua2 kata ndak bole potong rambut, betulkah? Aku simpan rambut sampai kaki cikgu.” Cikgu jawab lagi: “hah?? Jadi, bulu ketiak n kuku ndak bole potong juak la?? Ish2…”

Mungkin kelihatannya agak pelik, tapi itulah yang benar2 terjadi di sini. Masyarakat di sini terlalu jahil dengan agamanya. Islam hanya pada nama. Atas dasar itulah, penulis masih berkira2 bagaimana agaknya untuk mendakwahi mereka2 ini. Jadi, minggu ini mulalah episod penulis untuk mengajarkan anak muridnya mengaji quran dan menunaikan solat. Harap2 sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran tentang kepentingan menunaikan solat dan mendekati al-quran. Kepada anak2 muridku yang disayangi, moga Allah memberi mereka petunjuk, hidayah dan membimbing mereka ke jalan yang diredhaiNya. Ameen.


Read more...

TAMAKNINAH

11 August, 2010

Salam. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama memperbaiki amal ibadah kita. Kali ini saya nak tekankan tentang pentingnya TAMAKNINAH dalam solat. Seringkali kita lihat ramai yang solat tapi solatnya seperti ayam yang mematuk makan di tanah akibat terlalu tergesa-gesa. Solat itu jika dilakukan secara sempurna,pasti akan dapat mencegah perkara yang keji dan mungkar (x percaya? tengok surah al-ankabut: 45). Anyway, this is a reminding just in case you forgot! (ciplak ayat Baba Ali). Berikut adalah info yang diambil dari majalah SOLUSI bilangan 22:

Tamakninah adalah sebahagian daripada rukun solat yang sering diabaikan. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah. Tamakninah dalam bahasa mudah bererti bertenang. Ibarat memandu sebuah kenderaan, waktu di persimpangan hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah.




Rukun yang
WAJIB disertakan tamakninah


Disenaraikan di sini rukun solat yang perlu disertai tamakninah dan akan batal solat jika tiada tamakninah.

Rukuk:
Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan kedua-dua belah tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar tamakninah. Barangkali sempat membaca Subhanallah.


Iktidal
(bangun daripada rukuk): Pergerakan daripada rukuk terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang dan berdiri semula seperti sebelum ini. Sempurna berdiri sebentar itulah kadar tamakninah.

Sujud: Sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Itulah kadar tamakninah.

Duduk antara dua sujud: Sewaktu duduk sambil membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kasar. Itulah kadar tamakninah.

Tempat yang sering diabaikan Tamakninah

Iktidal: Terdapat sesetengah orang terutama orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya, dia telah turun untuk sujud. SOlat ini TIDAK SAH kerana tidak tamakninah.

Sujud: Waktu sujud kedua-dua kakinya bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecahkan jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna dan tidak tamakninah maka solatnya TIDAK SaH.

Bangun daripada sujud: waktu bangun dari sujud kedua, ketika hendak berdiri tegak ke rakaat seterusnya tidak ada tamakninah tetapi disunatkan duduk sebentar yang diberi nama duduk istirahat.



Subhanallah! Marilah kita sama2 memperbaiki solat kita dan hopefully solat2 kita diterimaNya. Ameen.




Read more...