TAMAKNINAH

11 August, 2010

Salam. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama memperbaiki amal ibadah kita. Kali ini saya nak tekankan tentang pentingnya TAMAKNINAH dalam solat. Seringkali kita lihat ramai yang solat tapi solatnya seperti ayam yang mematuk makan di tanah akibat terlalu tergesa-gesa. Solat itu jika dilakukan secara sempurna,pasti akan dapat mencegah perkara yang keji dan mungkar (x percaya? tengok surah al-ankabut: 45). Anyway, this is a reminding just in case you forgot! (ciplak ayat Baba Ali). Berikut adalah info yang diambil dari majalah SOLUSI bilangan 22:

Tamakninah adalah sebahagian daripada rukun solat yang sering diabaikan. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah. Tamakninah dalam bahasa mudah bererti bertenang. Ibarat memandu sebuah kenderaan, waktu di persimpangan hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah.




Rukun yang
WAJIB disertakan tamakninah


Disenaraikan di sini rukun solat yang perlu disertai tamakninah dan akan batal solat jika tiada tamakninah.

Rukuk:
Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan kedua-dua belah tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar tamakninah. Barangkali sempat membaca Subhanallah.


Iktidal
(bangun daripada rukuk): Pergerakan daripada rukuk terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang dan berdiri semula seperti sebelum ini. Sempurna berdiri sebentar itulah kadar tamakninah.

Sujud: Sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Itulah kadar tamakninah.

Duduk antara dua sujud: Sewaktu duduk sambil membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kasar. Itulah kadar tamakninah.

Tempat yang sering diabaikan Tamakninah

Iktidal: Terdapat sesetengah orang terutama orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya, dia telah turun untuk sujud. SOlat ini TIDAK SAH kerana tidak tamakninah.

Sujud: Waktu sujud kedua-dua kakinya bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecahkan jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna dan tidak tamakninah maka solatnya TIDAK SaH.

Bangun daripada sujud: waktu bangun dari sujud kedua, ketika hendak berdiri tegak ke rakaat seterusnya tidak ada tamakninah tetapi disunatkan duduk sebentar yang diberi nama duduk istirahat.



Subhanallah! Marilah kita sama2 memperbaiki solat kita dan hopefully solat2 kita diterimaNya. Ameen.



0 comments: