Hah?? Biar betul!

21 August, 2010

Salam. Alhamdulillah minggu ni Allah bagi ruang masa untuk menulis. Waktu exam di sekolah dimanfaatkan sepenuhnya untuk menulis sementara menunggu students jawab soalan. Apa yang nak diketengahkan kali ialah mengenai kejahilan atau ‘ketidaktahuan’ masyarakat di sini (merujuk kepada tempat di mana penulis mengajar sekarang iaitu di Sandakan Sabah). Kalau kita berdakwah di Semenanjung mungkin agak berbeza kerana sekurang-kurangnya masyarakat di sana asas agamanya masih kuat. Tapi, sayangnya di sini perkara asas pun masih belum teguh di jiwa mereka. Sedih rasanya bila melihat students yang memakai tudung di sekolah sebab peraturan, di luarnya rambut mengalahkan Britney Spears (kalau boleh dibandingkan). Lagi sedih bila ditanya tentang solat, MAJORITI mereka tidak bersolat dan masih ada yang tidak tahu menunaikan solat hatta mengucapkan Syahadah!



Antara perkara pelik yang dilakukan segelintir masyarakat di sini:

1. Di suatu malam di sebuah masjid pada malam Ramadhan: selepas bilal melaungkan iqamat untuk menunaikan solat Isya’ berjemaah, hanya segelintir yang bangun dan mendirikan solat. Sebahagian lain hanya duduk dan menunggu solat Isya’ dihabiskan. Tapi apabila mula solat Tarawih, semua jemaah bangun untuk sama2 menunaikan solat secara berjemaah. Bagi mereka, solat Tarawih 1000x lebih penting berbanding dengan solat Isya’. Astaghfirullah.

2. Di sebuah sekolah, murid menanyakan kepada guru: “Bolehkah makan sahur lagi kalau sudah azan? Aku cepat2 habiskan makanan kalau dengar bunyi azan, cikgu.” Cikgu jawab: “hah??”

3. Di sekolah yang sama, murid bertanya kepada guru: “Cikgu, orang tua2 kata ndak bole potong rambut, betulkah? Aku simpan rambut sampai kaki cikgu.” Cikgu jawab lagi: “hah?? Jadi, bulu ketiak n kuku ndak bole potong juak la?? Ish2…”

Mungkin kelihatannya agak pelik, tapi itulah yang benar2 terjadi di sini. Masyarakat di sini terlalu jahil dengan agamanya. Islam hanya pada nama. Atas dasar itulah, penulis masih berkira2 bagaimana agaknya untuk mendakwahi mereka2 ini. Jadi, minggu ini mulalah episod penulis untuk mengajarkan anak muridnya mengaji quran dan menunaikan solat. Harap2 sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran tentang kepentingan menunaikan solat dan mendekati al-quran. Kepada anak2 muridku yang disayangi, moga Allah memberi mereka petunjuk, hidayah dan membimbing mereka ke jalan yang diredhaiNya. Ameen.

5 comments:

Anonymous said...

realiti di bumi borneo..Islam 10 thn ke belakang..ade hikmah ant di'postingkan' di sane. moga Allah tunjuk jln ant bagaimana m'dakwahi mrk di sana. sama2 kite kongsi dgn mrk nikmat iman,islam dan tarbiyah :)

zainabjahsy said...

sama2 doakan islam akan ditegakkan di sini!

Anonymous said...

salam tuan.
baru sampai di blog tuan dan baca entri yg demikian. kalau begitulah , sungguh tuan perlu kerja yg keras dan istiqamah. saya doakan dari kejauhan saja. yakin bahawa Allah akan membantu tuan.

zainab_jahsy said...

terima kasih atas sokonngan. Sungguh, Allah adalah sebaik2 penolong.

ummu uswah said...

sabarlah dalam menyuluh cahaya hidayah pada umat. semoga Allah membantumu.